Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Pemenang: S Manikumar (PKR), Nizar (PAS) dan Malcolm (BN)

Berakhirlah sudah episod pilihanraya kecil di tiga kawasan yang berlangsung semalam. Di Kedah kita dapat saksikan pertandingan luarbiasa lima belas penjuru, di Perak pertandingan tiga penjuru dan di Sarawak hanya dua penjuru sahaja.


Tahniah dan syabas kepada calon-calon yang menang dan takziah kepada semua calon-calon yang kalah dalam pertandingan. Kepada yang menang, tugas dan tanggungjawab besar menanti anda. Bekerjalah untuk rakyat di kawasan-kawasan yang dimenangi dengan lebih telus, secara ikhlas dan jujur serta penuh bertanggungjawab.

Bagi yang tewas janganlah berdukacita dan merasa terlalu kecewa kerana dalam pertandingan sudah pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Tidak mungkin berlakunya semua calon itu menang atau kalah kesemuanya. Ia lumrah dalam pertandingan dan banyak-banyaklah bertenang.

Cuma saya turut merasa simpati kepada semua calon-calon Bebas yang telah hilang wang pertaruhan dalam pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang ekoran syarat pencapaian undi yang tidak mencecah sejumlah satu perlapan daripada keseluruhannya.

Kekalahan calon BN di Bukit Selambau dan Bukit Gantang bukan bermakna rakyat menolak BN secara total tetapi ianya perlu dilihat dari sudut yang lebih positif. Badan penyiasat bebas untuk melakukan bedah siasat di atas kekalahan BN sepertimana saranan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat wajar ditubuhkan segera.

Jika dilihat jurang majoriti kemenangan oleh calon pembangkang yang berjaya menewaskan calon BN jumlahnya tidaklah terlalu banyak. Bermakna harapan rakyat masih terus diletakkan kepada Barisan Nasional (BN).

Usaha-usaha dan segala janji BN untuk membawa pembangunan kepada rakyat hendaklah diteruskan walaupun BN tewas. Ini sekaligus dapat membuka mata rakyat agar melihat kerajaan Barisan Nasional tetap berterusan menabur jasa dan baktinya kepada seluruh rakyat secara adil dan saksama.

Biarkan rakyat membuat penilaian sebenar parti manakah yang lebih bertanggungjawab membela nasib mereka. Insya'Allah lama-kelamaan rakyat dapat menilai BN dengan lebih positif di bawah kepemimpinan baru Dato' Seri Najib Tun Razak dan pelaksanaan janji yang dikotakan akan mampu membawa kemenangan besar buat BN pada pilihanraya umum akan datang.

Di samping itu, BN bersama seluruh anggota parti komponen juga harus bekerja dengan lebih kuat ke arah pemulihan dan perlu membuat kajiselidik akan punca-punca kekalahan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Dapatkan maklumbalas daripada rakyat apakah kelemahan serta kekurangan sebenar yang perlu diperbetulkan agar kebaikan dapat dipertingkatkan. Semoga kita dapat belajar dan mengambil iktibar daripada kekalahan ini demi mematangkan lagi perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara yang tercinta.

0 Responses