Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Jumaat, 3 April 2009: Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 tepat jam 10:20 pagi tadi menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Dato' Seri Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan DYMM YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Beliau berbaju melayu hitam tiba di Istana Negara pada jam 9.42 pagi diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mereka berdua kemudiannnya memasuki Balairong Seri pada jam 10 pagi diikuti Dato' Seri Abdullah dan isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri-Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat. Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk mantan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selesai sahaja upacara Dato' Seri Najib mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia kerajaan, YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sekaligus turut perkenan menganugerahkan darjah kebesaran persekutuan iaitu Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun kepada Dato' Seri Abdullah dan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang juga membawa gelaran Tun kepada Datin Seri Jeanne.

Kini mantan Perdana Menteri ke-5 itu disahkan bergelar Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya, Tun Jeanne Abdullah.

1 Response
  1. add Says:

    Terima kasih kerana sdr telah menerima DSN sebagai PM kita semua... bersatulah demi agama bangsa dan negara