Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Selasa, 7 April 2009: Tepat jam 8:00 pagi ini seluruh masyarakat pengundi di pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau, Kedah akan keluar mengundi memilih pemimpin untuk mewakili mereka ke Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN Kedah).

Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau kali ini mencatatkan rekod "Hari Ini Dalam Sejarah" dalam politik tanahair apabila 15 calon mengesahkan diri bertanding di DUN berkenaan. Ia diwakili 13 calon Bebas, seorang calon BN (MIC) dan seorang calon PKR.

Tempoh berkempen selama 10 hari sejak hari pencalonan pada 29 Mac 2009 lepas sudah pun berakhir lewat malam tadi. Hanya menunggu waktu pembuangan undi oleh masyarakat pengundi berdaftar di DUN Bukit Selambau pada pagi ini.

Semua calon-calon yang bertanding masing-masing berharapan untuk menang dan dipilih sebagai wakil rakyat. Apa pun adat dalam pertandingan sudah pastilah akan ada yang menang dan ada yang kalah. Pertandingan 15 penjuru ini agak luarbiasa dan pastinya sengit.

Fokus utama selalunya diberi tumpuan kepada calon dari parti kerajaan Kedah (calon PKR) dan calon dari parti pembangkang Kedah (MIC-BN). Kedah kini ditadbir oleh Menteri Besar dari PAS yang mewakili kerajaan campuran PAS-PKR-DAP manakala BN menjadi parti pembangkang di negeri tersebut.

Namun peluang kemenangan untuk 13 calon atas tiket Bebas tidak harus diperlekehkan kerana sebelumnya kerusi DUN Bukit Selambau dimenangi oleh calon Bebas, V.Arumugam dalam pilihanraya umum ke-12, 8 Mac 2008 yang lalu (kemudiannya menyertai PKR) dan meletakkan jawatan kemudiannya.

Tapi memandangkan pertandingan kali ini menyaksikan 15 penjuru saya kira agak sukar untuk mana-mana calon Bebas memenanginya. Tumpuan para pengundi sudah tentulah kepada calon BN dan calon PKR.

Saya menyandarkan harapan di saat-saat akhir (masa kecemasan) ini kepada seluruh para pengundi DUN Bukit Selambau agar memilih calon Barisan Nasional (BN) sebagai wakil rakyat DUN Bukit Selambau demi masa depan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Percayalah, hanya BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat dan negara sedangkan parti lain tidak sekali-kali selain hanya indah khabar dari rupa atau retorik semata-mata.

UNDILAH BN... UNDILAH BN... UNDILAH BN...

0 Responses