Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Mengambil sempena singkatan nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai RAHMAN sahaja, penganalisis dan pemerhati politik tanahair telah lama meramalkan pemimpin nombor satu negara akan bersilih ganti berpandukan teori tersebut.

Hari ini ianya telah menjadi kenyataan dan melengkapkan satu kitaran mengenai teori itu. Apakah ianya satu kebetulan atau sesuatu yang telah dirancangkan? Atau sememangnya apa yang sebelum ini tersirat telah disuratkan oleh Allah SWT yang lebih maha mengetahui akan setiap sesuatu?

Apa pun jua pandangan dan pendapat ramai namun ianya sudah menjadi realiti apabila Pak Lah secara rasminya telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan memohon perkenan YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin agar melantik Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 menggantikannya.

Bersamalah kita menyingkap kembali teori RAHMAN ini bermula dari Perdana Menteri pertama sehinggalah peralihan kuasa terkini yang dijadualkan majlis angkat sumpah jawatan pada jam 10 pagi esok (Jumaat, 3 April 2009) di Istana Negara setelah disahkan mendapat perkenan Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin.

R - Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj)
A - Abdul Razak (Tun Abdul Razak)
H - Hussein Onn (Tun Hussein Onn)
M - Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)
A - Abdullah (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)
N - Najib (Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak)

Oleh yang demikian, Dato' Seri Abdullah yang menggantikan Dato' Seri Anwar ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu telah meranapkan harapan ketua pembangkang itu untuk tersenarai dalam sejarah teori RAHMAN tersebut.

Terkeluarnya Anwar Ibrahim dari senarai teori RAHMAN berkenaan menjuruskan beliau menjadi seorang penderhaka pada hari ini. Terbaru, Anwar bagaikan kemaruk kuasa apabila terus berusaha membawa agenda hasutannya supaya YDP Agong menangguhkan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 pagi esok kononnya beberapa skandal mengaitkan Najib masih belum diselesaikan.

Anwar yang bagaikan burung kepatahan sayap atau harimau yang sudah patah taring semakin tidak keruan menjaja cerita dongeng ke sana dan ke sini tanpa sebarang bukti-bukti yang kukuh. Anwar dalam ketakutan kerana kes liwat lama dan kes liwat terbaru berserta kes-kes rasuahnya di zaman Tun Dr Mahathir dahulu akan mula dibicarakan semula.

Sebab itulah agaknya "bekas banduan kolar putih" ini bersusah-payah berusaha sedaya-upaya untuk meyakinkan orangramai dan YDP Agong agar tidak memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 mengganti Pak Lah. Malangnya jeritan Anwar umpama "anjing menyalak bukit" dan sia-sia sahaja.

Perkara pokok yang sebenar-benarnya, Anwar kini takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Nasib beliau kini ibarat "telur di hujung tanduk" apabila Najib mula mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6 pagi esok. Tohmahan liar yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya dan beberapa isu lain yang dibangkitkannya akan memakan dirinya sendiri.

Pastinya Najib tidak akan berdiam diri. Tidak mustahil Anwar akan kembali menjadi "banduan terhormat" untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di penjara akibat keceluparan beliau yang tidak mengenal batasan dan tatasusila. Sebaik-baiknya itulah penghormatan terakhir buat Anwar sebelum namanya terpahat di batu nesan agar Malaysia terjamin lebih aman dan makmur tanpa dalang pengadu-domba (pemfitnah) dan penderhaka.

0 Responses