Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Rabu, 8 April 2009: Malam tadi kesemua keputusan pilihanraya kecil di tiga kawasan berasingan iaitu di DUN N.29 - Batang Ai, Sarawak, DUN N.25 - Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen P.59 - Bukit Gantang, Perak telah pun diumumkan secara rasmi oleh SPR.

Barisan Nasional (BN) hanya mampu menang dan mengekalkan kerusi DUN N.29 - Batang Ai manakala tewas di dalam merebut kembali dua lagi kerusi di DUN N.25 - Bukit Selambau dan Parlimen P.59 - Bukit Gantang.

Batang Ai menyaksikan kemenangan calon muka baru BN yang berjaya menewaskan bekas wakil rakyat BN selama lima penggal yang keluar menyertai PKR. Bukit Selambau dimenangi oleh calon muka baru dari PKR dan Bukit Gantang pula oleh calon PAS yang juga bekas Menteri Besar Perak.

Berikut adalah carta keputusan penuh pilihanraya kecil yang telah diadakan pada Sabtu, 7 April 2009 semalam.

KEPUTUSAN PILHANRAYA KECIL
P.59 - BUKIT GANTANG, PERAK


UNDI ROSAK SEJUMLAH 456
PERATUS MENGUNDI 75.10%
PEMILIH BERDAFTAR 55,563
JUMLAH PENGUNDI POS 128 UNDI
DAERAH MENGUNDI 38 KAWASAN
PUSAT MENGUNDI 32
SALURAN MENGUNDI 112
MELAYU 62% - CINA 27% - INDIA 10% - LAIN-LAIN 1%

Keputusan Pilihanraya Umum 2008
Roslan Shaharum (PAS) - 20,015 undi
Datuk Abdul Zim Zabidi (BN) - 18,449 undi
M Morgan (BEBAS) - 872 undi


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL
N.25 - BUKIT SELAMBAU, KEDAH

UNDI ROSAK SEJUMLAH 415
PERATUS MENGUNDI 70.28%
PEMILIH BERDAFTAR 35,140
MELAYU 50% - INDIA - 28% - CINA 21% - LAIN-LAIN 1%

Keputusan Pilihanraya Umum 2008
V Arumugam (BEBAS) - 13,225 undi
S Krishnan (BN) - 10,863 undi


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL
N.29 - BATANG AI, SARAWAK


UNDI ROSAK SEJUMLAH 59
PERATUS MENGUNDI 75.32%
PEMILIH BERDAFTAR 8,006
JUMLAH PENGUNDI POS 43
IBAN 95% - CINA 3.5% - MELAYU & MELANAU 1.5%

Keputusan Pilihanraya Umum 2008
Datuk Dublin Unting Ingkot (BN) - 3,295 undi
Nicholas Bawin Anggat (SNAP) - 2,489 undi

0 Responses