Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Mantan Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan bahawa Dato' Seri Mohd Ali Rustam patut meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka setelah didapati bersalah dengan politik wang.

Pandangan Tun Dr Mahathir selaku negarawan yang paling layak memberikan ulasan di dalam hal-hal sedemikian seharusnya tidak wajar diketepikan begitu sahaja kerana beliau lebih mengetahui apa yang baik untuk dilakukan oleh UMNO jika terus mahu dianggap relevan di kacamata umum.

Apakah masih wajar untuk seseorang pemimpin yang telah didapati bersalah menerajui sesebuah kerajaan negeri? Apakah perlunya lagi untuk seseorang pemimpin yang telah disahkan sebagai pesalah untuk diangkat sebagai pemimpin di dalam parti? Sama-samalah kita fikirkan di dalam mencari logiknya ke arah mengekalkan kekuatan perjuangan parti.

Berikut adalah petikan kenyataan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Dr M: Mohd Ali patut letak jawatan KM
Jimadie Shah Othman | Mar 19, 09 6:39pm

Setelah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO atas tuduhan mengamalkan politik wang, Dato' Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan Ketua Menteri Melaka, kata mantan Perdana Menteri.

"Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli UMNO pun. Tetapi itu pandangan saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.

"(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh seseorang, jadi dia patut digantung. Untuk orang ini pula, oleh kerana dia orang penting, tidak perlu digantung. Kita tidak boleh cakap macam itu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan Presiden UMNO itu menegaskan ketika ditanya soalan sama ada Mohd Ali patut kekal sebagai Ketua Menteri ekoran keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Baca selanjutnya di sini...

Saya turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir itu kerana mana-mana ahli parti yang telah didapati bersalah dengan politik wang sewajarnya meletakkan semua jawatan yang disandangnya samada di dalam parti mahupun di dalam kerajaan, demi nama baik dan maruah parti.

Dalam perkara seperti ini sepatutnya tiada sesiapa yang boleh diberikan hak keistimewaan jika benar UMNO telus dan tulus mahu menangani rasuah atau politik wang di dalam parti. Inilah masanya untuk UMNO membuktikan apa yang telah diwar-warkan sebelum ini.

Malangnya kita melihat Lembaga Disiplin UMNO telah mengamalkan sikap "double standard" di dalam mengenakan hukuman ke atas pesalah-pesalah lain. Yang melakukan kesalahan sama dikenakan hukuman berbeza sementara yang heboh dikenalpasti sebagai pesalah terlepas dari hukuman.

3 Responses
  1. mrf Says:

    apabila Tun M memberi respon yang sedemikian, jelas apa yang berlaku seperti telah dirancang. jika dinilai kapasiti beliau yang bukan ahli umno, perkara baling batu sembunyi tangan seolah2 berlaku dalam umno.menyedari mat taib bukan ancaman, maka ali yang mendapat sokongan ramai mula dicantas untuk memberi laluan yang lebih terjamin kepada muhyidin.

    kes khairi pula amaran yang diberi seperti sengaja untuk terpalit rekod tak bersih keatasnya. hairan khir yang membawa wang kehulur dan kehilir terlepas begitu sahaja. tak guna membuat laporan dan menyerahkan bukti dan kemukakan saksi jika akhirnya keputusan memihak kepada khir. khairi yang takde kene mengena pula yang terpalit.

    jika politik kotor ini berterusan tak mustahil orang umno sendiri akan bosan dan meninggalkan umno. seolah2 umno itu milik pihak2 tertentu yang berkepentingan sahaja.


  2. Abdul Halim Says:

    Saya sokong apa yang mahathir cakap. Kita bukan nak lihat hanya sekadar peralihan kuasa pada hari ni. Tapi pada PRU 13 yang akan datang. Umno akan terus berkubur kalau masih ada pemimpin yang korupsi. Bukan saja dalam parti, tapi juga dalam kerajaan. Mahukah kita jadi seperti negara lain spt di India dan Indonesia yang sgt korup sehingga jurang pendapatan rakyat sangat jauh berbeza? kalau amalan ini berterusan lagi 8-10 tahun lagi negara kita akan tergadai.


  3. Anonymous Says:

    Dalam posting saya yang terbaru ("ALI RUSTAM KEKAL SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA! SETUJU KE?), saya ada menimbulkan persoalan apakah langkah mengekalkan Datuk Seri Ali Rustam sebagai Ketua Menteri baik untuk parti tersebut dan baik juga untuk negara? Saya juga menimbulkan persoalan berikut: Apakah jawatan dalam parti dan jawatan dalam kerajaan perlu dilihat daripada perspektif yang berbeza walaupun ia membabitkan individu yang sama?

    UMNO sekarang ini dalam proses untuk mengukuhkan parti selepas mengalami keputusan yang amat mengejutkan dalam Pilihanraya Umum 12 yang lepas. Usaha memperkuatkan parti seharusnya melangkaui konteks kalangan ahli parti. Ini kerama parti memerlukan sokongan dan penerimaan rakyat. Parti akhirnya akan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan samada parti akan dapat memerintah negara ataupun tidak. Perasaan tak puas hati terhadap pemimpin sedia ada, jika ada, akan diterjemahkan dalam bentuk undi semasa pilihanraya umum ke 13 nanti.Fikirkan lah!