Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Alhamdulillah usaha rakyat mengadakan perarakan dan perhimpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman rejim zionis Israel ke atas Palestin berlangsung dengan selamat petang semalam selepas Solat Jumaat.

Tokoh negarawan, mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput khas bagi menyampaikan sepatah dua ucapan menyeru seluruh rakyat dan semua pihak agar bersatu hati memboikot Israel, Amerika Syarikat dan Britain yang menyokong serangan ke atas Palestin. Beliau mahu rakyat Malaysia memboikot segala produk keluaran negara-negara Yahudi berkenaan bagi melumpuhkan ekonomi mereka.

Namun apa yang mendukacitakan ialah apabila masih ada stesen televisyen swasta TV3 yang tidak peka serta tidak bertanggungjawab terhadap usaha rakyat dan kerajaan ini. Kumpulan Media Prima ini dilihat terlampau taksub mengejar keuntungan pengiklanan apabila stesen TV3 ini masih terus menyiarkan iklan-iklan produk Yahudi seperti iklan Mc Donald. Sekaligus mencerminkan bahawa TV3 mengambil langkah yang bertentangan dengan usaha kerajaan dan rakyat untuk memboikot produk-produk Yahudi.

Sebagai rakyat yang prihatin saya mengecam stesen TV3 yang tidak bertanggungjawab untuk turut serta di dalam usaha kerajaan dan rakyat memboikot negara-negara Yahudi tersebut khususnya Israel. Juga turut disarankan agar pihak kerajaan mengeluarkan satu memo arahan kepada semua stesen-stesen televisyen tempatan agar menghentikan segera pengiklanan produk-produk Yahudi di kaca TV.

3 Responses
  1. Perlukah kita memboikot TV3 pula?


  2. Itulah yang sedang dipertimbangkan untuk keputusan selanjutnya. Tengok dulu sehari dua ni samada masih ada lagi atau pun tidak penyiaran iklan produk yahudi oleh stesen mereka. Bersamalah kita bloggers mengambil langkah sepakat nanti.


  3. Anonymous Says:

    Kita pakat boikot je TV3 bangang tu