Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Menurut ulasan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Ong Ka Chuan menerusi laporan Buletin Utama 10 Disember 2008, beliau mengatakan bencana yang menimpa penduduk Bukit Antarabangsa bukan atas sikap cuai manusia (pemaju dan pihak yang meluluskan projek).

Sebaliknya apa yang telah berlaku lebih merupakan sebagai satu malapetaka atau hanya bencana alam biasa yang tidak diduga. Katanya lagi, jika ia berlaku atas dasar kecuaian manusia tentulah rumah-rumah atau bangunan yang dibina itu telah lama roboh dalam tempoh satu atau dua tahun selepas pembinaan.

Nampaknya kenyataan beliau itu bersikap berat sebelah dan dangkal pengetahuan. Bercakap ikut sedap mulut tanpa menggunakan akal dan fikiran sebab keluarga sendiri tidak terbabit dalam kejadian bencana tersebut maka apa pun dia boleh buat ulasan. Ini tidak lebih daripada satu alasan semata-mata untuk melepas tangan daripada bertanggungjawab ke atas kejadian bencana itu.

Wahai menteri yang budiman yang kurang waras berpandangan. Tahukah anda bahawa rumah kediaman atau bangunan yang dibina merupakan satu harta kekal (aset kekal) yang apabila dibina bermakna untuk tujuan kekal sampai bila-bila selagi bumi tidak hancur? Bermakna proses pembinaannya haruslah menepati ciri-ciri keselamatan oleh pemaju dan pihak yang meluluskan projek berkenaan. Mana ada rumah atau bangunan yang dibina untuk menanti roboh atau runtuh? Lainlah jika ianya terjadi disebabkan gempa bumi tetapi di Malaysia kejadian gempa bumi tidak ada.

Persoalan kenapa ianya tidak runtuh dalam tempoh setahun dua selepas pembinaan tidak wajar dijadikan sebagai satu alasan yang tidak masuk akal. Apakah setelah ianya runtuh dalam tempoh terdekat selepas siap dibina baru boleh dianggap sebagai satu kecuaian manusia? Pendek sungguh akal dan pemikiran menteri ini.

Runtuh dalam tempoh yang tidak kekal pun adalah atas sebab kecuaian manusia. Musibah yang menimpa adalah atas sebab kerakusan dan ketamakan manusia yang lebih mementingkan keuntungan perniagaan daripada memikirkan keselamatan nyawa-nyawa manusia lain. Pihak PBT dan kerajaan negeri pula hanya tahu mencongak hasil daripada kutipan cukai tanah dan cukai pintu sebab itulah gamaknya kawasan merbahaya pun diluluskan.

Ini berlaku semasa di bawah pentadbiran Dr Mohamad Khir Toyo lagi sebagai Menteri Besar Selangor tetapi dimanakah beliau menyepi sehingga batang hidungnya pun tidak nampak di tapak kejadian? Apakah pula alasan yang akan dinyatakan oleh bekas MB Selangor itu?

Bukankah sejak tahun 1988 lagi cerun-cerun berkenaan termasuk di dalam rekod-rekod yang diwartakan sebagai kawasan tanah tinggi yang dikategorikan sebagai kawasan merbahaya? Kenapa ianya tetap diberikan kelulusan kepada pihak pemaju? Kini ianya runtuh selepas 15 tahun dibina sejak 1993 bermakna kecuaian manusia jugalah tu. Alahai bongoknya pemikiran menteri tersebut.

Satu soalan cepu emas untuk Ong Ka Chuan. Apakah anda akan membeli rumah yang nilainya berjuta ringgit tetapi hanya akan mampu bertahan selama 15 tahun sahaja sedangkan rumah kediaman merupakan aset kekal tempat berlindung sampai bila-bila selagi tidak mati dan selagi bumi tidak hancur? Sudah tentulah tidak bukan? Jadi samalah juga dengan empunya banglo-banglo yang menjadi mangsa di situ.

Sebagai pemimpin belajarlah bersikap adil dan mempunyai rasa tanggungjawab sedikit sebelum melontarkan apa-apa kenyataan. Pemilik kediaman di situ membeli kerana sudah tentulah pihak pemaju telah meyakinkan bahawa kawasan itu selamat diduduki. Bila ini terjadi kenapa semua pihak saling melepas tangan?

5 Responses
  1. Anonymous Says:

    Ong Ka Chuan ni manusia bangang. Kalau bkn sbb kecuaian manusia habis nak salahkan siapa? Nak salahkan tuhan ke? Pemaju yg tukang bina rumah tu bkn manusia ke? Kerajaan negeri dan PBT tu hanturaya semua ke? Siapa yg meluluskan projek? Kalau bukit tu tak dikacau dgn projek pembangunan sampai gondol takkanlah struktur tanah boleh terjadi hakisan sampai runtuh. Binawe punya menteri cina tak guna. Tu pasallah otak jadi bangang mcm babi jugak sbb suka makan babi.


  2. Anonymous Says:

    tau takpe... babi memang lg bodoh drp lembu sbb babi menyondol membabi buta...


  3. Anonymous Says:

    kalau dah menteri cina sahih mkn babi apa lg kalau tidak... ckp dia pun serupa mcm babi jugaklah takde otak main sondol je... tanah tu runtuh psl babi hutan yg dia mkn tu la menyondol... kan tv3 ada fokus hari tu 5 ekor babi hutan keluar... kah! kah! kah!


  4. Anonymous Says:

    woi apa ke hey citer psl babi plak ni? tuan rumah citer lain kome citer topik terbabas psl babi sondol menyondol plak naper? haru biru betoi la kome.


  5. dia menteri..boleh cakap apa dia suka..lg byk dia bercakap lg byk kebodohannya terserlah..