Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Bagaikan pepatah seekor ayam, "bertelur sebiji riuh sekampung" itulah perumpamaan yang lebih sesuai kita anugerahkan kepada kabinet pimpinan Pak Lah dan Najib. Apakan tidaknya, setiap keputusan yang dirasakan popular oleh mereka maka media arus perdanalah yang menjadi kuda tunggangan mereka untuk melompat terkinja-kinja memukul gendang agar semua rakyat tahu kebaikan mereka.

Selepas penurunan harga minyak diesel dan petrol, sejak semalam hingga ke hari ini heboh pula tentang penurunan harga beras yang tidak seberapa. Apakah istimewanya harga beras turun sebanyak RM0.20 sekilogram (20 sen) yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Sumber Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed kononnya mampu meringankan bebanan rakyat sedangkan ianya naik berlipat kali ganda sehingga ada yang mencecah RM1.50 - RM2.00 sekilogram?

Sebagai satu contoh ialah beras super cap rambutan yang sering saya makan seisi keluarga. Sebelumnya harga beras ini hanyalah lebih kurang RM18.00 untuk paket 10kg bermakna RM1.80 sekilogram. Pada peringkat awal kenaikan mendadak harganya ialah RM38.00 untuk paket 10kg bermakna RM3.80 sekilogram (naik sehingga RM2.00 sekilogram).

Kemudian telah turun sedikit pada bulan Ramadhan yang lalu sebanyak RM0.30 sekilogram menjadikannya RM3.50 sekilogram atau RM35.00 untuk paket 10kg. Semalam saya baru sahaja membeli sepaket 10kg yang baru pada harga RM33.00 yang bermakna harganya masih pada tahap RM3.30 sekilogram. Apakah harganya tidak berkuatkuasa serta-merta setelah kerajaan membuat pengumumannya?

Kenapa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tidak membuat pemantauan yang serius ke atas semua peniaga? Apakah semua kakitangan penguatkuasa kementerian ini hanya makan gaji buta? Sepatutnya apabila harga telah diketahui awal untuk diturunkan maka persiapan penguatkuasaan telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas-tugas pemantauan.

Kenapa kerajaan meletakkan seorang menteri yang terencat akal untuk mentadbir KPDNHEP? Sukar sangatkah untuk bertindak menjadi "master mind" kepada kementerian yang diterajuinya? Apakah hanya pandai bercakap merapu-rapu sahaja daripada membuat kerja? Saya tidak nampak Datuk Shahrir Samad sebagai seorang yang berkelayakan untuk memegang jawatan ini. Beliau hanya layak memegang jawatan sebagai "office boy" pejabat Perdana Menteri sahaja.

Malang nasib kita sebagai rakyat yang sering dibebani dengan masalah-masalah yang dibawa oleh kerajaan tetapi tidak bijak dan tidak cekap menanganinya kembali. Kerajaan sewajarnya menjadi pelindung kepada rakyat tetapi apa yang sering berlaku ialah kerajaan gemar memberi masalah dan beban untuk ditanggung rakyat. Situasi ini ketara sejak kita berada di bawah kepimpinan Perdana Menteri ke-5 dan barisan kabinetnya. Apakah Perdana Menteri ke-6 bakal mewarisi sindrom penyakit yang sama atau lebih teruk lagi?

Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Jangan ke mana-mana, kita bersama lagi selepas ini. (bagaikan ayat Buletin Utama yang popular dan sering kita dengar)

3 Responses
  1. Itu belum keluar 2 bijik teloq...kalau tak..tak tau lah Tuan.


  2. add Says:

    Kita sama la makan beras cap rambutan. Dulu saya pun beli 18.00 utk 10kg. sekarang dah banyak jenis dah beras cap rambutan.ada harga 27.00,28.00 dan 32.00.
    dulu 18.00 sekarang 32.00 berapa % naik. Bayangkan 56% naik harga beras.Bila turun hanya 20sen sahaja.Memang tak patut lah kerajaan badawi dan shahrir uban ni.


  3. m'steen guy Says:

    Datuk S yang disebutkan di atas nie satu masa dahulu boleh dianggap gentle. Pernah letak jawatan pasal tak searus dengan geng sendiri. Pernah cadangkan tol diambil alih govt utk kurangkan beban rakyat....

    Tapi itu semua berlaku sebelum dapat jadik menteri. Semua cadangan bernas hilang bila dapat pangkat. Kau dipaksa ku terpaksa ???