Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Nampaknya 16 September 2008 hanya menjadi angan-angan kosong dan meninggalkan kenangan demi kenangan setelah 3 kali Dato' Seri Anwar Ibrahim gagal menyempurnakan hajat beliau untuk bertakhta sebagai Perdana Menteri baru Malaysia dengan menukarkan kerajaan BN yang sedia-ada kepada kerajaan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dicanangkan beliau selama ini.

Mengikut pandangan seorang blogger yang juga wartawan malahan ramai lagi pandangan lain yang saya perolehi, rata-rata bersetuju apabila ada pihak-pihak mengatakan bahawa ketua pembangkang itu pada hakikatnya sudah mengalami tekanan jiwa yang tegar atau kronik akibat berterusan berfantasi dengan angan-angan yang tidak mungkin akan mampu dicapainya. Apakah Dato' Seri Anwar Ibrahim sedia menerima hakikat ini? Apakah keluarga beliau khususnya isteri dan ank-anaknya sedar akan perkara ini atau masih terus mahu menegakkan benang yang basah?

Kepada penyokong-penyokong taksub beliau, bermuhasabahlah sebelum terlambat. Akal manusia dijadikan semulia-mulia akal jika dibandingkan dengan semua makhluk ciptaan Tuhan maka pergunakanlah ianya dengan penuh kewarasan bagi membezakan yang buruk dengan yang baik. Tidak menjadi kesalahan untuk menyokong perjuangan parti politik mana sekali pun tetapi biarlah sesuatu keputusan itu dibuat berlandaskan kewarasan akal dan fikiran. Selidiki siapa yang anda sokong dan janganlah menyokong membabi buta. Jangan kerana marahkan seekor nyamuk, habis kelambu mahu dibakarnya.

Pada tajuk-tajuk sebelumnya saya menggelarkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang Mat Jenin tetapi pada situasi semasa saya kira wajar untuk dimaklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa beliau kini sebenarnya adalah seorang pesakit mental yang agak kronik di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik. Jika pengikut-pengikut taksub beliau masih terus menyokongnya bermakna satu dorongan ke arah menjadikan Dato' Seri Anwar Ibrahim seorang yang disahkan gila akan termakbul dalam sedikit masa lagi. Syabas! buat seluruh penyokong-penyokong taksub ketua pembangkang itu.

Bagi BN pula, ianya ibarat sebagai sebuah parti klasik yang masih bernilai dan berharga sebagai pembela agama, bangsa dan negara. Sungguh pun pelbagai kemelut yang telah melanda namun keutuhan serta kekukuhan Barisan Nasional masih tetap terserlah cuma sedikit pembetulan sahaja diperlukan bagi memperbaiki sebuah kapal yang sebelum ini dianggap pembangkang kononnya hampir karam dan tenggelam.

Berdasarkan situasi hari ini nampaknya BN akan kembali pulih seperti sediakala jika Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Mohd Najib Razak semakin akur segala kehendak rakyat bagi menyegerakan peralihan kuasa lebih awal daripada tarikh 2010 sebagaimana yang pernah dimaklumkan oleh PM suatu ketika dahulu. Semoga peralihan kuasa nanti akan mampu menarik semula sokongan rakyat dan dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional, apatah lagi di saat yang amat bertepatan sekali setelah kita semua melihat wayang kulit Dato' Seri Anwar Ibrahim semakin hari semakin membosankan.

Benar atau tidak benar apa yang saya perkatakan di sini, sama-samalah kita fikir-fikirkan!

2 Responses
  1. add Says:

    Salam penghujung Ramadhan,

    Memangpun BABI (Barua Anwar Bin Ibrahim) dah jadi PM(Pesakit Mental). Cuma para pengikut KEDAPAS(Keadilan,Dap,PAS)je yang masih lagi memegang watak Pak Kaduk dengan Mak Andeh. Sekarang pengikut KEDAPAS dah besar KEMALUAN sejak sambutan PM-6(Pesakit Mental)diIstana Negara hanya gagal. Kalau setakat guna statement perubahan akan berlaku ... KMU (Kelab Menyokong Umno)tetapi bukan sokong Pak le Lah pun boleh keluarkan statement.
    Kes liwat BABI akan buang kes ,kerana ye lah PM (Pesakit Mental) mana lekat kes dimahkamah. Lepas tu kot-kot dibela pula oleh Zaid Ibrahim(mana tahukan) calon Menteri JPM (Bahagian Undang-undang)Kerajaan KEDAPAS, mana boleh caya sangat pada badut majlis peguam sekor ni.
    Selamat Hari Raya kepada Pemuda Pewaris dan Bro-Bro onliner yang lain.


  2. Selamat Hari Raya Tuan. Hati-hati bila main mercun.