Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Pilihanraya kecil di kerusi parlimen Permatang Pauh nampaknya menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara calon BN, calon PKR dan calon AKIM setelah penamaan calon disahkan selesai lewat petang semalam.

Calon Bebas, Dr Mansor Othman telah menarik diri selepas SPR menerima pencalonan Ketua Umum PKR. Beliau mencalonkan dirinya sebagai "standby" kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah mengarahkannya berbuat demikian atas alasan Ketua Umum PKR itu kononnya SPR akan menipu untuk tidak mahu menerima pencalonannya pada hari tersebut.


Teka-teki mengenai calon BN juga akhirnya selesai apabila Timbalan Presiden Umno yang mengetuai pilihanraya kecil di Permatang Pauh memilih ADUN Seberang Jaya untuk mewakili BN di kerusi parlimen tersebut untuk menentang "de facto leader" Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR). Turut merebut kerusi parlimen Permatang Pauh ialah parti serpihan PAS iaitu AKIM yang diwakili oleh Presidennya, Hanafi Mamat.

Sebelum proses penamaan calon berbagai andaian dikemukakan oleh semua pihak, namun setelah pencalonan pula tidak sunyi dengan pelbagai persepsi oleh semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin parti masing-masing dan juga pemerhati-pemerhati politik.

Bagi BN, sebelum ini melahirkan rasa tidak yakin untuk menang tetapi setelah penamaan calon dilakukan, keyakinan untuk memenangi pilihanraya kecil di Permatang Pauh semakin hangat diperbualkan oleh beberapa pemimpin parti khususnya daripada Umno sendiri.


Bagi saya, segala persepsi dan spekulasi siapa yang akan menang adalah tetap sebagai persepsi dan spekulasi sahaja bagi menyedapkan hati masing-masing. Seimbas lalu kita pasti dapat menjangkakan siapakah pemenang sebenar. Kepada pejuang dan pendokong perjuangan Umno/BN, suka atau tidak suka kita harus akur bahawa bukan semudah yang disangka untuk menewaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR) meskipun di ketika ini beliau menghadapi tuduhan liwat yang amat mengaibkan itu.

Saya meletakkan peluang kemenangan untuk calon BN adalah tipis atau hanyalah 40:60 kerana "de facto leader" PKR itu telah berjaya mengumpulkan "penyokong taksub" atau "penyokong gila babi" sejak sekian lama. Penyokong-penyokong kumpulan ini tidak peduli apa pun kesalahan ketua mereka walaupun mampu dibuktikan secara undang-undang dan hukum syarak.

Mereka tidak akan percaya sama-sekali malahan akan tetap mengatakan kononnya ia masih sebagai satu konspirasi. Sementelah lagi di saat-saat hangat pilihanraya kecil yang akan berlangsung ini, si Saiful Bukhari Azlan telah mengambil langkah mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah pada 15 Ogos 2008 baru-baru ini bagi membuktikan dakwaannya adalah benar dengan sebenar-benarnya.


Penyokong-penyokong ini sebenarnya tidak mempunyai halatuju perjuangan yang sahih dan juga sesuai dikategorikan sebagai penyokong-penyokong yang bakal membawa rebah kepada negara. Secara tidak langsung juga, penyokong-penyokong ini menolak kebenaran yang hakiki kerana memperjuangkan kemungkaran pemimpin mereka yang telah jauh menyimpang dan sesat dari landasan agama Islam sebagai seorang muslim sejati.

Maka jika sekiranya pemimpin mereka menang dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh nanti akan berkumpullah segala suku-sakat syaitan dan iblis untuk lebih menyesatkan perjuangan mereka dan akan terus hebat memanipulasikan hukum-hakam agama Islam. Apa nak dikatakan, ini semua telah termaktub sebagaimana janji Tuhan bahawa perkara-perkara ini akan pasti berlaku di akhir zaman. Wallahu'allam!

Pemuda Pelapis: Sedar-sedarlah... Insaf-insaflah sebelum terlambat. Siapalah Anwar untuk diagung-agungkan? Banyak-banyaklah mengucap dua kalimah syahadah. Sesungguhnya Allah swt itu maha pengasih lagi maha pengampun.

12 Responses
  1. Tuan;

    Itu hak mereka. Kita pun ada hak untuk tidak bersetuju.

    Lama tak menulis? Pi sana ka?


  2. Saudara Harimau-Menaip,

    Benar itu sebagai hak masing-masing tetapi memperjuangkan kebenaran itu adalah hak yang lebih tinggi darjatnya di sisi Allah swt. Apatah lagi ke arah membanteras kemungkaran apa sahaja. Kita wajib saling ingat-mengingati antara satu sama lain sebagai satu tanggungjawab fardhu kifayah.

    Saya lama tak menulis kerana terlalu sibuk dengan urusan perniagaan dan tidak dapat memberi fokus penulisan dengan baik. Sesekali eloklah juga berehat dan fokus kepada usaha-usaha mencari rezeki. Minyak pun makin mahal, inflasi pula makin menjadi-jadi. Kos kehidupan semakin meningkat. Lately ni pun politik kita makin korup dan amat membosankan untuk mengulas. Daripada merapu, lebih baik memilih jalan menyepi dahulu sehingga keadaan sedikit reda. Itulah sebaik-baiknya.


  3. Anonymous Says:

    Salam saudara PP,

    Lama takde topik baru? Mmg politik negara kita makin hari makin korup selagi Pak Lah tak letak jawatan. Nak tunggu 2 tahun mcm 20 tahun rasanya.

    Setuju dgn kata2 saudara ttg penyokong gila babi yg taksub pd Anwar. Mengangung2kan Anwar dah mcm Tuhan. Bodoh mereka tu.


  4. OrgTua Says:

    saudara...

    pak lah takut nak letak jawatan utk bertanding di permatang pauh lawan anwar sbb dia tahu dia pasti kalah di tgn anwar. nak letak menantu dia khairy pun dia tak berani sbb takut masa depan politik menantu dia ranap tp dia kudakan najib mengetuai pilihanraya kecil permatang pauh.

    kenapa bkn pak lah sendiri yg mengetuainya? itulah perangai pak lah suka peralatkan org lain so bila kalah dia akan salahkan org lain tak kerja kuat dan mcm2. nak mengaku kelemahan sendiri takkan sekali2. apa yg pasti siapa pun diletakkan oleh barisan nasional menentang anwar jawapannya dah tahu tetap kalah. si tua arif shah tu dah jadi alat pak lah utk menanggung beban. begitu juga si bodoh najib yg dipergunakan oleh pak lah utk mengetuai pilihanraya kecil di permatang pauh.


  5. add Says:

    Assalamualaikum,,,
    Satu langkah yang bijak kepada BN kerana meletakkan calon Amir shah. Syabas BN. Tapi harus diingat.... dalam kempen menjelangnya pilihanraya sesungguhnya pihak BN seharusnya melawan habis-habisan dakyah PKR yang "menghampehkan" bangsa melayu sendiri sedangkan orang DAP seronok.Kenapa saya kata orang DAP seronok... kerana "Ketua penyokong gila babi" menyokong statement yang dibuat oleh MB dari gagasan gila babi tentang isu 10% kuota UITM dibuka kepada bukan melayu. CIS memang SIAL la KAU DS@# (maaf la terpaksa cakap benda macam ni) saya rasa dah tak tertahan sangat dah si celaka (DS@#) ni buat propaganda dinegara ni.Kemain lagi bila dua minggu lagi bila saya menang saya akan batalkan projek mega dan ganti dengan kemudahan untuk rakyat.. boleh belah la sicelaka... kalau betul nak bela nasib rakyat,, jual la rumah yang ada diKL, jual kereta mewah tu, naik je datsun baulu ke, KE20 ke, duit tu bagi pada rakyat PKR yang bodoh sombong membabi buta menyokong PKR. Kalau la betul nak tolong rakyat kenapa Selangor tidak menjalankan pentadbiran berkebajikan... Kalau dah kerajaan BN zalim, bagi la duit TOP-UP untuk beli minyak kereta... kalau tak bagi duit pun tak pe bagi je MY GREEN OIL untuk semua penduduk di selangor.ini baru dinamakan kerajaan berkebajikan.


    SAYA MENYERU KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM AGAR MEMOHON PADA ALLAH SUPAYA SEMUA PENGGUNDI PERMATANG PAUH SUPAYA MEMANGKAH CALON BN DALAM PILIHANRAYA KECIL PADA 26 OGOS INI DEMI ISLAM,ISLAM,ISLAM DAN MELAYU,MELAYU,MELAYU.
    Wassalam.


  6. add Says:

    ASSALAMUALAIKUM,,,

    sAYA MOHON KEPADA PEMUDA PELAPIS SEBARKAN PETIKAN INI KEPADA SEMUA PENGUNDI PERMATANG PAUH SEBELUM 26 OGOS INI...........
    (PETIKAN DARI KOMEN CHE DET:AKU)
    By wokyoh on August 19, 2008 9:51 AM
    SALAM PERJUANGAN BUAT TUN YANG DIKASIHI

    1)Saya amat bersetuju dengan no 11 tu.

    2)AUKU perlu diteruskan kerana manfaatnya lebih besar berbanding jika ia dimansuhkan.

    3)Orang yang kuat memperjuangkan AUKU ialah nurul izzah....sebab dia mempunyai demdam yang amat sangat kerana tidak dibenarkan bergiat aktif dalam politik untuk membela bapanya sewaktu dia masih belajar di universiti dulu.

    4)Nurul izzah adalah contoh manusia yang mengambil kesempatan menggunakan duit rakyat untuk belajar di U dulu dan dalam masa yang sama meraih kepentingan politik peribadi seterusnya mengecewakan rakyat dengan menjadi pembangkang kepada kerajaan..contoh pelajar yang tak kenang budi rakyat.kekalahan shahrizat di lembah pantai bukan melambangkan kekuatan izzah tapi menggambarkan kelemahan kerajaan paklah.rakyat membuat undi protes. kalau ikut persidangan di parlimen...apa yang izzah boleh buat kerana masih mentah dan mentaliti budak-budak lagi...makan gaji buta je la...

    5)mungkin kalau anwar menang dan jadi pm nanti...semua ahli keluarga dia termasuk ayah,adik beradik,pak mertua,ipar duai dan anak cucu dia yang akan jadi menteri-menteri boneka....kerana dialah bapa segala kroni dan rasuah di malaysia ini....contohnya...

    artikel dari editorial blog ini...

    Adakah orang ramai percaya kepada Akuan Bersumpah oleh Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, beberapa tahun lalu? TIDAK! Orang ramai terutamanya penyokong Anwar Ibrahim (termasuk orang PAS) tidak akan percaya kepada Akuan Bersumpah itu.

    Alasan mereka ialah "Itu semua konspirasi politik" untuk menjatuhkan Anwar.

    Apa Akuan Bersumpah Datuk Abdul Murat itu? IQRA: Dalam Akuan Bersumpah itu dikatakan bahawa:
    Anwar Ibrahim menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dengan mewujudkan lebih 20 AKAUN induk bernilai RM3 BILION (TIGA RIBU JUTA RINGGIT), untuk mencapai cita-cita politiknya.

    Satu daripada akaun khas itu bernilai RM200 juta, yang mana dananya dikumpul dan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Operasi Phileo Allied Berhad, Tong Kooi Ong, untuk kepentingan Anwar.

    Abdul Murad, mengaku beliau diarahkan oleh Anwar supaya membantu beberapa individu tertentu yang rapat dengan Anwar, sama ada untuk melunaskan hutang mereka atau mengisi dana pertubuhan yang mereka terajui.

    Antara orangnya ialah Dr Chandra Muzaffar; Marina Yusof; peguam Faiz Abdullah; Ketua Pusat Dasar Asia Pasifik (APPC), Douglas H Paal dan Datuk Nasaruddin Jalil.

    Tong, menurut Akuan Bersumpah itu, membuka akaun induk bagi menyalurkan sumbangan kewangan kepada Anwar, sebagai membalas budi Anwar.

    Murat mengakui bahawa melalui pengelibatannya sendiri, beliau mengetahui sekurang-kurangnya sembilan pihak, termasuk Anwar, dibayar wang daripada akaun induk berkenaan, semuanya berjumlah RM121 juta dalam tempoh 1992 hingga 1997.

    Mengikut Akuan Bersumpah itu, pecahan pembayarannya ialah:
    * Anwar sendiri - RM50 juta;
    * Tan Sri Abdullah Ahmad - RM5 juta (Dolah Kok Lanas menafikan menerima duit itu);
    * Datuk Nasaruddin Jalil - RM10 juta;
    * Pusat Dasar Asia Pasifik (APPC) dan Douglas H Paal - AS$10 juta (RM38juta);
    * Institut Kajian Dasar - RM5 juta;
    * Aliran dan Dr Chandra Muzaffar - RM5 juta;
    * Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) - RM5 juta;
    * Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) - RM2 juta;
    * Sebuah yayasan Islam berpusat di Amerika Syarikat - RM1 juta.

    Abdul Murad memberitahu bahawa Anwar mengarahkannya membantu menyelesaikan lebih RM10 juta hutang Dolah Kok Lanas yang ketika itu menjadi wakil khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Murad berkata beliau membantu Dolah Kok Lanas berunding untuk menyelesaikan hutang berjumlah RM7 juta. Sebanyak RM5 juta diambil daripada akaun induk manakala baki RM2 juta menggunakan wang Dolah dengan jualan tanah.

    Murad juga mengatakan dalam Akuan Bersumpahnya itu bahawa Anwar mengarahkannya membantu Marina menjelaskan hutang dengan bank tempatan membabitkan lebih RM20 juta.

    Murad kemudiannya menyerahkan permohonannya kepada Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk memajukan tanah Marina Yusof (selama ini orang menyangka bahawa Kompleks Marina itu adalah milik Marina binti Tun Dr Mahathir) di Jalan Tun Razak iaitu Kompleks Marinara. Panel TPU meluluskan permohonan itu dan Marina amat berterima kasih kepada Anwar.

    Murad juga memberitahu bahawa Anwar turut memberi arahan kepadanya supaya membantu kumpulan Datuk Nazri Abdullah untuk mengambil alih NST (New Straits Times Press - syarikat yang masa itu menerbitkan akhbar New Straits Times, Berita Harian, Malay Mail, Harian Metro dan majalah) daripada Renong.

    Murad kemudiannya berbincang dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan daripada Hong Leong Bank dan mereka mencadangkan Nazri menggunakan MRCB untuk mengambil alih saham NST.

    Murad mengaku beliau membantu mengaturkan pinjaman melalui Maybank untuk Nazri membeli MRCB dan pinjaman lain untuk MRCB membeli NST.

    Murad juga memberitahu bahawa beliau dan Seow Lun Hoon juga diarahkan Anwar membantu Faiz yang juga bekas wartawan dan bekas pegawai Cawangan Siasatan Khas untuk memiliki kepentingan dalam Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB) yang kemudiannya dimiliki oleh Idris Hydraulic Berhad.

    Murad memberitahu bahawa beberapa bank iaitu Hong Leong Bank, Hong Leong Finance, Sime Bank, RHB Bank, Southern Bank dan BSN Commercial Bank digunakan untuk membantu mendapatkan pinjaman membeli saham KUBB yang melebihi RM400 juta.

    Murat juga membuat kenyataan bahawa Pusat Dasar Asia Pasifik (APPC) yang menerima AS$10 juta (RM38 juta) adalah satu daripada jentera utama Anwar untuk mempromosi imejnya di Amerika Syarikat dan Eropah.

    Murad juga memberitahu bahawa beliau bertanggungjawab mengatur sumbangan AS$10 juta itu kepada agensi Tabung Matawang Antarabangsa yang diketuai Paal, bekas pengarah kanan Majlis Keselamatan Nasional Amerika Syarikat.

    Murad juga memberitahu bahawa Tong yang menguasai Phileo Allied, diarah oleh Anwar supaya mengambil isteri Mohd Azmin Ali (bekas Setiausaha Sulit Anwar), Shamsidar Taharin bekerja dengannya dengan diberi gaji lumayan, kereta dan pemandu sedangkan Shamsidar tidak perlu bekerja.

    Jadi bagaimana sekarang? Banyak lagi yang editorialblog boleh dedahkan, terutamanya untuk menyedarkankan orang PAS. Editorialblog tak marah pada orang PAS atau PKR atau Melayu DAP. Cuma FIKIRKAN! Kerana Anwar Ibrahim tidak mahu dan tidak pernah bercerita mengenai wang ini. Anwar juga tidak dapat menjawab segala tuduhan dalam Akuan Bersumpah Murad itu dan Anwar juga tidak menyaman Murad kerana memfitnahnya menerusi Akuan Bersumpah itu. FIKIR... FIKIR...FIKIR LAH..


    WOKYOH

    WASALLAM.


  7. add Says:

    Petikan utusan malaysia.
    Mudahlah cakap kalau belum berkuasa - Nalla

    UMUM mengetahui Datuk K.S. Nallakaruppan suatu ketika adalah rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keakraban itu ketara hinggakan beliau dipenjarakan kerana mempertahankan perjuangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

    Bagaimanapun Mei tahun lalu, bekas Ketua Bahagian PKR Kepong itu membuat keputusan mengejut keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar.

    Pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ini, meskipun mendakwa nyawanya diugut, Nallakaruppan tetap muncul untuk membantu jentera Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan kampung sekitar Permatang Pauh.

    Ditemui selepas berceramah di Kampung Kubang Ulu, Bukit Mertajam semalam, beliau memberitahu wartawan Utusan Malaysia, ABDUL MUIN SAPIDIN mengenai peluang bekas rakan rapatnya itu pada pilihan raya tersebut.

    Dulu Datuk rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun. Mengapa sekarang menentang perjuangan beliau?

    NALLAKARUPPAN: Saya mengenali Anwar bukan sekejap tapi lebih 30 tahun. Saya menghormatinya bukan sahaja sebagai seorang sahabat tetapi seorang pemimpin. Malah, saya masuk penjara Sungai Buloh semata-mata mahu mempertahankan perjuangannya.

    Tetapi melihat tindak-tanduknya sejak beberapa tahun lalu, saya dapati beliau bukan lagi seorang rakan dan pejuang negara yang pernah saya kenal. Beliau hanya mementingkan diri sendiri yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri.

    Ada menganggap keputusan anda keluar daripada PKR kerana dipengaruhi pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar.

    NALLAKARUPPAN: Seperti yang saya nyatakan, saya mengenali beliau cukup lama. Saya tidak berniat hendak menyerang peribadi beliau. Namun pendirian saya itu berubah setelah saya tidak tahan melihat rakyat terus tertipu dengan janji-janji kosongnya untuk memenuhi impian menjadi Perdana Menteri.

    Sebenarnya, bukan mudah membuat keputusan keluar parti (PKR), tetapi saya fikir masak-masak bahawa saya mesti mempertahankan apa yang sepatutnya saya perjuangkan. PKR bukan berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk Anwar Ibrahim. Sebab itu ramai mengatakan beliau 'pelakon nombor satu'.

    Kenapa anda berkata demikian?

    NALLAKARUPPAN: Saya tahu benar bahawa beliau hanya berbohong kepada masyarakat semata-mata untuk mendapatkan undi mereka sahaja. Paling jelas bagaimana beliau mahu meraih sokongan masyarakat India. Sentimen yang Anwar buat ialah mencetuskan ketegangan sehinggalah wujudnya kumpulan yang menentang kerajaan seperti Hindraf. Anwar berlakon sebagai pejuang untuk rakyat.

    Sejauh mana maklum balas daripada masyarakat India?

    NALLAKARUPPAN: Orang India perlu fikir apakah sumbangan Anwar kepada masyarakat India terutama ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sekarang pula beliau bangga mendakwa beliau seperti Sivaji the boss kononnya mahu menyelamatkan orang India. Ini semua dilakukan untuk menarik sokongan orang India dan berharap dengan sokongan itu membantu beliau jadi Perdana Menteri. Tapi saya fikir lama kelamaan orang India akan sedar bahawa ini sekadar permainan politik Anwar.

    Anwar nampaknya yakin akan menang dalam pilihan raya kecil ini dan mahu menjadikan kemenangan itu platform mengetuai kerajaan bulan depan. Benarkah?

    NALLAKARUPPAN: Saya fikir rakyat Malaysia perlu membuat penilaian berdasarkan rekod perkhidmatan Anwar selama ini. Dalam semua ceramahnya, Anwar bercakap beliau mahu buat itu, buat ini untuk tarik sokongan. Kita yang dengar ceramah Anwar memang seronok, sedap mendengarnya. Tapi memanglah mudah bercakap kalau kita belum berkuasa.


  8. Kat atas kata takleh vote unuk Najib.

    Kalau saya nak 'vote' mcm mana :)


    Jemput masuk ke blog saya ;)
    http://teampemudaumno.blogspot.com
    http://pro-faizal.blogspot.com


  9. Unknown Says:

    Pandangan yang ikhlas

    http://straitstimes.asia1.com.sg/Our%2BColumnists/Column/STIStory_266543.html


  10. add Says:

    Assalamualaikum,,,

    aku sungguh kecewa dengan keputusan PRK P44 kerana terlalu ramai pengundi hantu di Permatang Pauh. So PKR seharusnya membuat laporan yang menyatakan lebih 900 nama ahli PKR digugur oleh SPR. Aku harap PKR menfaikan dimahkamah supaya PRK P44 dibatalkan dan mengundi semula. Jangan bila dah menang senyap je tapi kalau kalah, kerajaan tak telus, ada pengundi hantu, BN sogok duit dan mbermacam ragam aneka lagi lah hampeh betul la...
    wassalam


  11. Camry2.0G Says:

    Masing2 punya 'Taste' tersendiri....
    Itu baru dinamakan demokrasi


  12. heran gak...pasai pa la anwar ni nk sgt nak jadi PM.....so suspicious la...kalo nak berjuang demi rakyat tak semestinya berangan nak jadi PM....
    bahaya gak org tua ni....