Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Jika mahu diulas ertikata "bengap" ia membawa maksud yang luas dan jika mahu diulas ertikata "rugi" ia juga membawa maksud yang begitu luas dan mendalam sekali. Apakah pemimpin suka dilabelkan sebagai "bengap" dan memperjuangkan sesuatu yang hanya membawa ke"rugi"an kepada rakyat dan negara? Kenapa hari ini kita perlu ada pemimpin-pemimpin yang tidak mahu bertanggungjawab?

Kerajaan dan pembangkang "2x5 = 5x2" sahaja. Daripada purata majoriti jika digabungkan kedua-dua pihak, kalau ada pun yang telus, jujur dan ikhlas mahu memperjuangkan hak rakyat dan memajukan negara, berapa kerat sangat? Mungkin hanya ada lebih kurang 30% hingga 40% sahaja, tak sampai pun setengah. Selebihnya semua mementingkan poket sendiri.


Bila rakyat mula bercakap dan menulis di sana sini, mulalah pemimpin marah dan naik berang tetapi hakikatnya pemimpin itu tahu dan sedar. Apakah wajar untuk berterusan menafikan? Sindrom penafian oleh pucuk kepimpinan di kedua-dua pihak pada hari ini sudah boleh dianggap begitu serius dan amat kronik.


Saya akui saya pun agak lantang bersuara malalui penulisan saya di blog Pemuda Pelapis ini tetapi apa yang saya perkatakan adalah berdasarkan fakta dan kenyataan melalui analisa serta kajiselidik. Saya tidak bercakap apa yang saya tidak tahu tetapi saya bercakap apa yang saya tahu mengikut perkembangan dan pergolakan semasa. Memang saya amat marah tetapi marah pun marah jugalah, ada kalanya kita kena juga menilai di sudut yang lebih rasional.


Apa yang lebih menarik sejak kebelakangan ini, saya ada menerima laporan serta maklumbalas daripada banyak pihak, khususnya ramai dari puak-puak pembangkang dari gagasan PR bagaikan "cacing kepanasan" marahkan saya dan mahu tahu siapa Pemuda Pelapis ini? Melalui analisa "pencarian kata kunci" (keyword search) yang saya terima, agak ramai manusia yang menaipkan "siapakah Pemuda Pelapis" di ruangan carian "google dan yahoo" yang popular itu.


Saya terfikir juga kenapa mereka takut sangat dengan penulisan Pemuda Pelapis? Sehingga hari ini, saya telah dicabar beberapa individu daripada gagasan PR termasuklah dari kalangan pemimpin mereka yang mengajak saya "bersemuka" dan ada pula yang menawarkan saya menyertai mereka. Itu belum lagi saya tampil di khalayak ramai atau duduk sebaris di dalam Dewan Rakyat.

Apa kata jika saya berada di Dewan Rakyat dan bersuara dengan lebih lantang lagi? Mungkinkah Dewan Rakyat di bangunan Parlimen itu akan runtuh seperti gempa bumi di negara China baru-baru ini? Tak apalah, perkembangan "soal cabar-mencabar" ini tidak perlu untuk saya layan dahulu buat masa ini dan biarkan sahaja mereka itu melalak bersendirian.

Insya'Allah bila tiba masanya nanti, akan pasti saya layan kesemuanya. Cukuplah dahulu hari ini sekadar menjadi "Insan Di Sebalik Tabir" yang memperjuangkan hak dan kebenaran.


Apa yang penting sekarang, kali ini suka saya berkongsi pandangan dengan semua pengunjung blog Pemuda Pelapis untuk memaparkan satu transkripsi penuh ucapan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika dijemput berucap di satu majlis anjuran Prihatin Malaysia (Prima) pada tahun 2007 yang lalu.

Saya kira, pucuk pimpinan negara, seluruh ahli-ahli Kabinet dan semua ahli-ahli Parlimen haruslah menilai dengan baik ucapan ini supaya mampu memupuk satu nilai kesedaran yang optima demi manfaat dan kebaikan sejagat.


Sepertimana saya pernah mengulas komen-komen di blog sahabat-sahabat bloggers, saya ada menyebut bahawa sifat dan sikap "kebertanggungjawaban" Tun Dr Mahathir terhadap negara masih tebal dan kukuh demi menjamin ke arah kemakmuran serta kestabilan negara, maka itulah beliau terus bersuara memberi pandangan dan suara beliau seharusnya kita ambilkira untuk menilai secara waras dan penuh berhemah. Tun Dr Mahathir telah membuktikan kejayaan, begitu juga Pak Lah tetapi apa yang dibuktikan Pak Lah ialah kehancuran.

Nasihat eksklusif
Pemuda Pelapis kepada semua pemimpin hari ini,


"Jika selalu ikut hati maka kita mati, jika selalu ikut rasa maka kita binasa, jika selalu ikut nafsu maka negara akan lumpuh dan lesu, jika selalu ikut emosi maka lama-kelamaan perjuangan kita hanya akan dianggap basi"
.


Kita juga faham bahawa makanan basi tidak boleh dimakan maka sudah tentulah kita akan mendapatkan makanan baru untuk dimakan. Oleh itu janganlah sampai sehingga perjuangan Umno dan BN juga dianggap basi yang akhirnya perlu ditukarkan kepada pembangkang yang bagaikan "harimau lapar yang sedang menanti mangsa" sebagaimana hari ini sudah heboh "diangan-angankan oleh Anwar Mat Jenin" yang juga "pengamal tabiat songsang" itu. Orang ini "amatlah merbahaya" kepada negara jika diangkat sebagai ketua negara.

Memberi laluan kekuasaan kepada Anwar
bermakna kita memilih untuk melihat negara lebih hancur dan musnah. Pemimpin-pemimpin Islam mereka harus sedar tentang perkara ini dan adalah berdosa jika terus bersubahat menyokong Anwar Ibrahim kerana ianya amat bertentangan dengan ajaran Islam dan menimbulkan "murka" Allah swt dan kekasihNya Rasulullah saw (carilah maksud dan maknanya sendiri). Apabila "Allah swt murka" maka "bala dan malapetaka" lah yang bakal kita semua terima kerana tidak menggunakan akal dengan penuh tanggungjawab dan tanpa menilainya sebaik-baik mungkin.


Wahai semua pemimpin-pemimpin tanpa mengira parti mana pun anda wakili beringatlah selalu bahawa, "daripada rakyat anda datang, kepada rakyat anda serahkan kuasa pemilihan dan untuk rakyat jua-lah anda seharusnya berkhidmat dengan jujur dan penuh amanah sebagai membalas budi ke atas mandat yang telah diberikan oleh rakyat".


Jika semua pemimpin jujur mematuhi matlamat sebenar dipilih sebagai wakil rakyat maka pastinya perjuangan anda tidak akan tersasar dan songsang terlalu jauh daripada landasan asal. Sudah pasti negara Malaysia akan senantiasa makmur, aman dan sentosa.

Apa yang sangat membimbangkan kita hari ini apabila ramai yang suka melalak dan menuding jari tanpa sebarang fakta. Jika setakat rakyat, tak mengapalah, ini termasuklah juga pemimpin kedua-dua pihak samada kerajaan mahupun pembangkang. Lebih hina lagi apabila Ulamak PAS yang melalak sambil berhujah memutarbelitkan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis dengan hasrat untuk meyakinkan rakyat beragama Islam.

Maka demikian, kita sebagai umat Islam perlu mempertingkatkan ilmu agama Islam agar tidak mudah diperdayakan oleh kaum Ulamak PAS demi kepentingan politik mereka.

Ketahuilah bahawasanya Ulamak PAS hari ini sebenarnya tidak ubah bagaikan "ular dalam semak" mengikut kata orang-orang tua yang saya biasa dengar. Contohnya ular sawa, sesekali dia keluar "menghendap" mangsa dan apabila dapat mangsa dan kenyang maka dia sembunyi semula dalam semak.

Sama jugalah macam Anwar, baru-baru ini tawarkan keahlian parti kepada wakil rakyat BN dan wakil rakyat atas pagar (Ibrahim Ali). Itulah tabiat semulajadi mereka kalau nak tahu, jika ada yang masih tak tahu. Sebab itu saya cuba ulang-ulang bagitahu untuk mengingatkan semua supaya jangan mudah terpedaya. Berfikirlah dengan akal secara lebih bijak.

**Amanat Pemuda Pelapis**

Nota: Tak lama lagi Pemuda Pelapis pun rasa nak kena keluarkan "fatwa" macam Ulamak PAS jugaklah. Barulah kali ini Umno mampu bersaing seiringan dengan puak-puak PAS.

0 Responses