Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Great! You have done a very good job, Tun. Teruskan membongkar apa sahaja untuk membalas tembakan "peluru penabur buta" yang dilepaskan kepada Tun sejak akhir-akhir ini.

Fitnah dan hasutan Shahrir Samad serta semua pemimpin Umno yang tidak bertanggungjawab wajib kita tentang habis-habisan demi maruah kerana mereka semua berniat jahat tehadap Tun. All this "beruk-beruk" perlu kita ajar sehingga depa semua "tergolek dog" dan kalau dapat kita tamatkan saja karier politik mereka.


Mereka sudah "terlebih-lebih sangat kurang ajar dan biadab" tidak tahu mengenang budi dan jasa Tun yang pernah memartabatkan mereka. Langsung tidak ada perasaan mahu menghormati "pemimpin terbilang" seperti Tun. Paling tidak pun, mereka sepatutnya harus menghormati Tun sebagai orang tua. Go ahead! All the best for you... Tun!

Apabila bulu roma Pemuda Pelapis telah mula meremang naik, siapa pun Pemuda Pelapis tidak akan peduli. Kita hanya wajib takut kepada Allah swt sahaja. Selagi ada apa yang bernama makhluk, Pemuda Pelapis tidak gentar sama sekali, walau Raja Jembalang, walau Azazil sekali pun.

Apa pun percayalah, bilamana "Komuniti Bebas Tun Dr Mahathir" mula bertindak lebih agresif dan lebih proaktif, maka pastinya hasrat menyingkirkan Abdullah akan tetap tertunai. Tun perlu senaraikan semua "makhluk-makhluk kaki ampu" untuk kita ambil tindakan susulan dengan "kejayaan misi" kita nanti. Hanya tunggu sedikit masa sahaja. Tunggulah dan lihatlah jika tidak percaya. "Nothing Is Impossible" as if I have read through what is in your mind!


Memetik semula kata balas Tun Dr Mahathir di laman blognya,

Katanya Tun Dr Mahathir...

Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.

Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.

(petikan ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Shahrir Samad)

Betullah bak kata Tun itu, buat saja kerja tolong jaga harga barang yang naik memanjang sejak "Si Dolah bos anda tadbir negara" ikut "akal kepala lutut" dia. Setakat Shahrir ni berlagak duduk "post menteri" tapi tak tahu nak buat kerja, nak buat apa? Masalah yang ni satu pun "tak reti-reti lagi" nak atasi. Belum lagi soal-soal masalah lain. Macam mana ni? Cakap saja lebih macam "tin kosong" berdengung bunyinya.

Pemuda Pelapis sebagai "Insan Di Sebalik Tabir" tetap teguh berdiri di belakang Tun Dr Mahathir untuk membantu pembongkaran yang lebih dalam jika dirasakan amat perlu. Teruskan peranan Tun, "berani kerana benar" kerana kita ada maruah dan harga diri. Depa semua itu "pemimpin-pemimpin dayus" yang tiada maruah dan tiada moral.

0 Responses