Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Semalam (Khamis, 15 Mei 2008), sumber Bernama melaporkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Sabah telah disalah-ertikan oleh pihak gagasan PR dengan menimbulkan pelbagai persepsi serta spekulasi liar yang tidak berasas sama sekali.

Rata-rata berandaian di sana sini mengesahkan desas-desus yang selama ini diperkatakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim itu kononnya bakal terjadi "lompat parti" di kalangan ahli-ahli parlimen di Sabah dan juga Sarawak sebagai suatu berita benar tetapi malangnya masih terus meleset.


Di sebaliknya tujuan sebenar tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab baru yang telah diamanahkan oleh Perdana Menteri (Dato' Seri Abdullah) baru-baru ini adalah berniat murni agar dapat bertugas secara lebih adil dan saksama kepada semua pihak serta tidak lebih daripada itu.


Puak-puak gagasan PR berterusan dilihat suka melatah tidak tentu pasal seperti ketandusan idea tanpa ada isu-isu lain yang hendak dipolemikkan. Keinginan yang membuak-buak dan berharapan tinggi untuk membentuk kerajaan persekutuan begitu ketara digambarkan mereka sejak akhir-akhir ini. Apakah ianya mampu menjadi realiti atau terus berkhayalan?


Antara percaya tidak percaya, begitulah "politik bermain pondok" bagaikan kanak-kanak tadika yang masih kurang waras serta kebudak-budakan. Saya fikir mereka di gagasan PR masih belum puas nakal ketika di zaman kanak-kanak dahulu maka sebab itulah mereka semua masih lagi bersikap sedemikian. Kejeninan Anwar dan seluruh puak-puak gagasan PR akan terus terserlah sehingga bakal membawa mereka kepada kesewelan yang semakin kronik.


Bantuan kemanusiaan untuk menyediakan rawatan sepatutnya seperti menambahkan hospital-hospital bahagia kepada mereka haruslah disegerakan oleh pihak Barisan Nasional sebelum keadaan bertambah parah. Kita khuatir hospital-hospital bahagia yang sedia-ada tidak mampu menampung kesemua pengikut-pengikut Perdana Menteri khayalan (Anwar) itu.


--- Sekian Pemuda Pelapis melaporkan ---

0 Responses