Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Seluruh rakyat digesa "Say NO To Najib" kerana beliau tiada pendirian dan tiada prinsip perjuangan yang jelas, sebaliknya terus bersekongkol dengan menyokong apa sahaja pembohongan DS Abdullah. Kita tidak mahu "pemimpin-pemimpin munafik" bermaharajalela mewarisi kepimpinan negara.

Isu kemasukan semula Ezam ke dalam Umno semalam yang diterima mudah oleh DS Abdullah terus dipertikaikan pula oleh 2 pemimpin Umno/BN iaitu seorang Ahli MT, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi Ahli Parlimen Kalabakan, Sabah, Dato' Abdul Ghapur Salleh menurut laporan berita Bernama hari ini.

Memetik sebahagian kenyataan Tan Sri Muhyiddin,

Menurutnya MT perlu membuat pertimbangan itu kerana Mohamad Ezam pernah meninggalkan parti dan menyertai pembangkang dan kini memohon menyertai semula Umno.

"MT mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat mengenai tata etika Umno kepada pemimpin Umno Perlis di sini hari ini.

Muhyiddin berkata Mohamad Ezam tidak boleh diterima sebagai anggota parti secara automatik kerana rekod politiknya.

"Kalau tak ada rekod tak apa. Ini (kes yang ada rekod) mesti dibawa ke MT," katanya.

Rujuk berita penuh di sini...

Berpandukan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, kita faham bahawa DS Abdullah tidak pernah berbincang soal kemasukan semula Ezam (bekas Ketua Pemuda PKR) ke dalam Umno dengan ahli-ahli MT, jadi macam mana boleh timbul satu kenyataan daripada mulut sumbing DS Abdullah yang begitu yakin bahawa MT Umno tidak membantah? Hari ini telah ada bantahan kedengaran.

Ini sekaligus membuktikan bahawa ulasan saya sebagai Pemuda Pelapis sama sekali tidak salah. Presiden Umno, DS Abdullah begitu mudah mempercayai kata-kata Ezam serta masih jelas terus berbohong kepada rakyat melalui liputan media semalam apabila menyatakan bahawa,

Petikan sebahagian kenyataan Abdullah,

Semalam, Abdullah yang juga Presiden Umno mengumumkan penerimaan kemasukan semula Mohamad Ezam ke dalam Umno tanpa sebarang syarat setelah tiada bantahan daripada Majlis Tertinggi (MT) dan Pemuda Umno.

Rujuk berita penuh di sini...

Sementara itu memetik kenyataan Dato' Abdul Ghapur Salleh, Ahli Parlimen Kalabakan pula bahawa beliau mahu DS Abdullah bersikap adil kepada semua bekas-bekas ahli parti yang pernah dikenakan tindakan sebelum ini.

Memetik sebahagian kenyataan Dato' Abdul Ghapur Salleh,

Beliau berkata kemasukan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Noor ke dalam Umno seharusnya membuka ruang kepada semua anggota Umno yang pernah dikenakan tindakan disiplin untuk turut kembali menyertainya.

"Kita tidak mahu hanya kerana Ezam yang mahu masuk semula menyertai Umno, kita terima semula. Bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO yang pernah dikenakan tindakan disiplin, adakah Umno juga akan menerima mereka semula?"

Rujuk berita penuh di sini...

Jika merujuk kepada ulasan artikel penulisan saya semalam, saya turut menggesa agar DS Abdullah berlaku adil kepada semua pihak lain sepertimana saranan Dato' Abdul Ghapur Salleh jika alang-alang tidak mahu memikirkan lagi soal risiko yang bakal ditanggung oleh Umno.

Petikan artikel Pemuda Pelapis semalam yang bertajuk "Abdullah dan Najib Pendek Akal",

Jika begitu ceritanya, terima sajalah Anwar Ibrahim semula atau sesiapa sahaja musuh-musuh parti supaya Umno lebih cepat hancur dan jahanam. Benarlah kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa Umno yang dipimpin oleh DS Abdullah bukan lagi "Parti Umno Sebenar" tetapi sudah menjadi "Parti Dolah Badawi" kerana dia melakukan apa sahaja mengikut kehendak "akal pendek" beliau dan adakalanya berpandukan "akal putarbelit" beliau bagi agenda-agenda tertentu demi kepentingan peribadi beliau serta keluarga beliau.

Rujuk artikel penuh di sini...

Hari ini jelaslah kenyataan DS Abdullah sebagai Presiden parti itu amat bercanggah sekali dengan pendirian lain-lain pemimpin parti dan Ahli MT, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sebab itulah artikel sebelumnya saya ada mengatakan bahawa DS Abdullah pandai-pandai membuat keputusan sendiri tanpa merujuk pandangan ahli-ahli lain seolah-olah Umno menjadi hakmilik mutlak beliau dan keluarga beliau. Bila masa beliau berbincang dengan Majlis Tertinggi Umno dan yakin mengatakan tiada apa-apa bantahan daripada MT?

Bukankah ini jelas dan nyata DS Abdullah terus bersikap pembohong? Al-Quran dan Hadis telah menggariskan bahawa manusia yang suka berbohong adalah "kaum munafik" yang dimurkai Allah swt dan dibenci oleh Rasulullah saw. Oleh yang demikian, untuk apa lagi semua orang perlu menyokong DS Abdullah sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN? Apakah semua orang yang menyokong tidak takut dengan dosa-dosa bersubahat? Apakah hanya mengejar duniawi semata-mata sedangkan akhirat terus dilupakan? Apakah anda semua hidup menongkat langit dan tidak akan mati?

Lanjutan daripada kemasukan Ezam semalam, hari ini Utusan Malaysia Online pula melaporkan ada lagi "2 hantu raya" lain PKR menyertai Umno menjejaki langkah yang sama seperti Ezam. Mereka ialah bekas Setiausaha Sulit DS Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan, Anuar Shaari dan bekas Ketua Angkatan Muda PKR Kedah, Khairul Anuar Ramli. Kita amat khuatir mereka-mereka ini bakal menjadi "parasit-parasit dan pelesit-pelesit" di dalam Umno yang akan menghancurkan lagi perjuangan parti.

Dipercayai lama-kelamaan Umno akan dipenuhi dengan anasir-anasir "duri dalam daging, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan talam dua muka" sedangkan tanpa mereka-mereka ini semua pun Umno telah sedia dianggotai oleh pemimpin-pemimpin yang bersikap sedemikian. Ini pasti akan menjahanamkan lagi Umno dan sekaligus memusnahkan BN.

Wahai bangsaku! Pemuda Pelapis mengajak anda sekalian berfikirlah secara waras di tahap kualiti "Gred A", apa akan jadi dan apa akan menimpa nasib parti Umno yang telah menjadi satu-satunya wadah perjuangan bangsa Melayu selama 62 tahun? Apakah wajar kita membiarkan sahaja Presiden dan Timbalan Presiden Umno sekarang sesuka hati memperlakukan apa sahaja mengikut "akal pendek" mereka berdua?

Jika anda semua benar-benar jujur dan ikhlas masih sayangkan parti Umno, sama-samalah bertindak menyingkirkan kedua-dua "pengkhianat parti" ini tanpa kompromi. Korbankan 2 orang untuk menyelamatkan semua orang. Melayu tidak akan mundur tanpa Abdullah dan tanpa Najib. Say "No To Najib" sebagai pengganti Abdullah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Percayalah! Bunga-bunga tidak baik sudah mula kelihatan semakin jelas.

1 Response
  1. iskandar Says:

    Jasa Tun memang besar,jesteru itu apabila beliau kalah dalam pemilihan berucap ke perhimpunan agung UMNO 2006,memang betul kata-kata beliau "MELAYU MUDAH LUPA".