Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
A veteran Gua Musang Umno Division Head, Tengku Razaleigh Hamzah, who is still an "underdog" leader has confessed publicly to contest for Umno Presidency in this coming party election which will be held in December 2008 despite the transition plan of the top party leadership.

He said nothing to do with it as long as he had enough nominations by divisions and has the right to contest.


It is due to some reasons that made up his mind to go for it as reported by "The Star" last few days. Some of the main reasons were, many Umno divisions want changes, Umno weak because it is lacking in democracy and to seeks policy changes, he said.

He also added and urged that democratic and fair election is the only way to end internal strife.

2 Responses
  1. Salam,
    Saya Ismail Ibrahim ialah ahli UMNO Cawangan Jalan Enggang, Bhg. Ampang.

    Saya disini ingin menganjur perjumpaan bagi ahli ahli UMNO di Bhg Ampang yang menyokong YBM Tengku Razaleigh.

    Bagi saya menyokong sahaja tidak menjamin kemenangan YBM Tengku dan perubahan yang ingin kita lihat tanpa usaha usaha menentukan undi undi diperingkat Nasional diberi kepada beliau.

    Bagi kita untuk meneruskan usaha murni bagi mengembalikan UMNO daripada sekelompok pemimimpin yang setelah sekian lama bermahara lela kepada ahli ahli memerlukan perancangan yang teliti.

    Sekiranya telah ada usaha usaha ini Alhamdullilah izinkan saya turut serta.

    Kepada Ahli ahli UMNO Bahagian Ampang Jaya, saya boleh dihubungi di email mymaktim@yahoo.com. atau tel 0193118558.


  2. Salam kembali!

    Alhamdulillah dan terima kasih saudara Ismail Ibrahim. Saya menyokong usaha saudara untuk menganjurkan perjumpaan tersebut dan harap diteruskan usaha murni saudara itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

    Benar kata saudara itu, dengan hanya menyokong sahaja tidak memadai untuk menjamin kemenangan YBM Ku Li sebaliknya kita semua haruslah turun padang berusaha daripada akar umbi ke arah memastikan kejayaan tersebut.

    Saya bersetuju dengan cadangan saudara bahawa satu modul perancangan yang lebih teliti patut diambil sebagai langkah memulihkan Umno yang sekian lama telah menjadi sebuah institusi warisan perjuangan bangsa Melayu.

    Pendirian saya jelas, pada bila-bila masa pun akan tetap terus taat setia kepada Umno kerana bukan parti yang bersalah untuk dihukum tetapi pemimpin-pemimpin tertinggi yang telah menyalahgunakan kuasa di tangan perlu diberi hukuman yang setimpal.

    Kita wajib bangkit untuk terus mendokong perjuangan parti tetapi usaha sekarang, kita harus sepakat di dalam penuh permuafakatan dengan bersatu hati, berani dan tegas di dalam bertindak menukar kepimpinan yang ada pada hari ini kepada satu pembaharuan yang mampu memulihkan semula imej serta maruah Umno yang telah tercalar teruk dan robek disebabkan dipimpin oleh "Si Luncai".

    Usaha mengembalikan kepercayaan dan keyakinan bangsa Melayu kepada Umno harus digembeling daripada sekarang sebelum ianya terlambat.

    Apa pun setakat ini saya hanyalah "anonymous" dan sekadar "pemerhati bebas" sahaja. Namun begitu, sebenarnya banyak kaedah dan pendekatan yang boleh kita aplikasikan jika sekiranya di pihak akar umbi benar-benar mahukan perubahan. Pengorbanan amat perlu di dalam apa jua situasi pun. Yang penting adalah kejujuran, keikhlasan dan ketelusan untuk berjuang.

    Undangan saudara itu mungkin kita boleh bincangkan secara tertutup sebelum memulakan langkah yang bijak demi mencapai matlamat.

    Insyallah, kita boleh saling berhubung di antara satu sama lain bagi berkongsi idea dan pandangan awal. Saudara juga boleh menghubungi saya sepertimana email yang saya sertakan di atas pada "Ruangan Khidmat Masyarakat".

    "SALAM PERJUANGAN"

    Wassalam!