Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Soal ketuanan Melayu yang dicadangkan Umno agar bersepakat untuk dibincangkan bersama pemimpin Melayu dari parti PAS dan PKR tidak perlu diperbesarkan jika sekiranya enggan bekerjasama.

Saya menyelar keras kenyataan Naib Presiden PAS Pusat, Husam Musa dan juga AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PAS.

Pemimpin PAS ini lupa bahawa suatu ketika dahulu saranan ini juga datang daripada pihak mereka, malahan merekalah yang "TERHEGEH-HEGEH" pada suatu ketika. Apabila Umno mengusulkannya semula supaya diadakan perbincangan, mereka pula yang dilihat sebagai "KERAS KEPALA" dan begitu "ANGKUH" setelah merasakan mempunyai "SEDIKIT KUASA DI TANGAN". Usaha ini dianggap mereka sebagai "GIMIK LAMA" permainan politik Umno sedangkan hakikat hari ini ianya amat berbeza daripada sebelumnya.

Oleh itu pemimpin Melayu PAS dan PKR janganlah menjadi umpama "BERUK MENDAPAT BUNGA" untuk mengenepikan segala apa yang baik kepada bangsa sendiri tetapi sebaliknya sanggup memperjuangkan "ISU BABI" untuk kepentingan kaum lain. Jangan bertindak sesuka hati tanpa berfikir panjang. Pepatah ada mengatakan, "IKUT HATI, KITA MATI" dan "IKUT RASA, KITA BINASA". Bijak-bijaklah berfikir secara lebih matang dan jangan terlalu mementingkan diri sendiri.

Jika ini sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Melayu PAS dan PKR, nescaya Melayu akan hancur apabila mereka mampu mentadbir negara kerana sikap "PENYAYANG TERHADAP BANGSA MELAYU" tiada dalam diri dan jiwa pemimpin mereka. Pemimpin Melayu PAS dan PKR juga turut mementingkan soal "materialistik" dan "duniawi". Hak bangsa sendiri sanggup diketepikan demi mencapai impian politik mereka.

Soal membincangkan isu ketuanan Melayu tidak harus dikaitkan dengan pergolakan di dalam Umno. Isu "rumahtangga Umno" biar Umno yang selesaikan dan Pakatan Rakyat tidak perlu masuk campur. Kita perlu berusaha memperkukuhkan bangsa Melayu yang majoriti setelah situasi hari ini memberi petunjuk bahawa kaum minoriti Cina dan India di bumi asal Melayu ini semakin besar kepala dan telah mula berani memperbodohkan Melayu.

Sepatutnya di dalam membincangkan isu ketuanan Melayu ini kita bermuafakat dan mengenepikan soal parti buat seketika dan tidak perlulah dipolitikkan. PAS sebenarnya terkenal sebagai parti yang gemar mempolitikkan segala isu sejak dari dahulu lagi. Jika "AL-QURAN dan HADIS" mereka mampu "MEMPOLITIKKAN" apalah sangat soal "KETUANAN MELAYU" kepada mereka.

Di sebaliknya, PAS dilihat sengaja mahu menutup kelemahan sendiri setelah "DIPERKUDAKAN" dan "DIPERBODOHKAN" oleh DAP berkenaan "ISU BABI" untuk dijadikan projek Mega sebagai sumber ekonomi utama Pakatan Rakyat di Selangor sehinggalah terbitnya pula berita terkini di mana negara China membuat lamaran untuk menjadi pengimpot utama "HAIWAN HARAM" tersebut daripada Malaysia sebagai sebuah negara Islam dunia.

Pemimpin Melayu PAS dan PKR takut isu ini akan ditimbulkan di dalam perbincangan nanti. Secara langsungnya mereka tahu dan "TAKUT KEPADA BAYANG-BAYANG SENDIRI" maka pelbagai dolak-dalih dan alasan dikemukakan untuk menempelak semula kepada Umno.

4 Responses

  1. Terima kasih saudara...

    Saya berharap sebagai bangsa Melayu dan Islam kita harus bertanggungjawab, bersepakat dan bermuafakat memperjuangkan perpaduan Melayu secara amnya tanpa mengira parti politik.

    Isu ketuanan Melayu tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana parti pun. Kita wajib bersatu hati dalam situasi semasa ke arah memperkukuhkan serta memperkasakan bangsa Melayu dan bukan masanya untuk kita saling membalas dendam sesama sendiri atau mengenakan antara satu sama lain.

    Mohon semua pemimpin Melayu dan Islam semua parti politik, agar dapat duduk semeja mencari satu penyelesaian terbaik demi keutuhan serta kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam.


  2. fitri Says:

    Salam Pemuda Pelapis

    Setiap kata yang diucap mestilah selari dengan tindakan susulan.Saya ingin melihat saudara meneruskan usaha untuk membawa pemimpin Melayu Islam duduk semeja mencari penyelesaian mengikut amalan Sunnah Rasulullah s.a.w.
    Bagi saya agak keliru di pihak mana yang sebenarnya banyak memberikan alasan atau syarat2 untuk bermuzakarah.Saudara kata pihak PAS dan yang saya tahu di pihak UMNO sendiri.Dalam kekeliruan sebegini hanya pada Allah saja tempat kita meminta di tunjukkan jalan yang lurus dan hanya Dialah sebaik-baik Hakim.Cuba usahakan sebaik yang mungkin....untuk bersemuka dari hati ke hati.


    wassalam,


  3. Salam kembali,

    Kata saudara, "Setiap kata yang diucap mestilah selari dengan tindakan susulan". Ini saya anggap sebagai satu usul subjektif.

    Soal mahu melihat saya atau mana-mana pihak pemimpin tidak harus timbul, malahan kita Melayu semuanya perlu ada kesedaran sebenar di dalam mengutamakan perjuangan bangsa Melayu di bumi Melayu yang merdeka ini.

    Saya tidak mampu untuk bertindak bersendirian, begitu juga saudara dan sesiapa sahaja. Kita perlu bangkit di dalam sebuah komuniti yang besar bagi memperjuangkannya, bak kata pepatah nenek-moyang kita "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

    Dengan berterusan saling menuding jari siapa salah atau benar dan siapa banyak alasan dan memberi syarat tidak akan mampu menyelesaikan sebarang masalah dan persengketaan. Sebab itulah saya amat kesal dan marah apabila ajakan yang baik oleh mana-mana pihak cuba dipolemikkan atau dipropagandakan oleh pihak yang satu lagi tanpa mengira ianya parti kerajaan mahupun pembangkang.

    Saya kira, saya jelas berpegang pada hakikat kebenaran yang amat nyata dan terbuka menyelar mana-mana pihak pun, meskipun perjuangan saya adalah mendokong perjuangan Umno pada dasarnya.

    Oleh yang demikian, saya juga mahu mengajak seluruh penyokong-penyokong pembangkang agar tidak taksub atau fanatik dengan menyokong membuta-tuli terhadap parti mereka tanpa ada pegangan, prinsip dan pendirian yang jelas. Salah tetap salah dan yang benar itu tetap benar.

    Saya sekadar bertindak sebagai pembangkit kesedaran sesama kita, baik kepada bangsa Melayu, apatah lagi kita umat Islam di dalam mencapai arah penyelesaian terbaik demi masa depan kita untuk meninggalkan warisan kebaikan kepada generasi akan datang supaya tidak ditindas oleh kaum minoriti yang kian dilihat cuba menangguk di air yang keruh, mengambil kesempatan dan menjadi dalang kepada kemelut perpecahan Melayu pada realiti Malaysia hari ini.

    Semangat kecintaan bangsa sesama kita haruslah dipupuk segera mulai sekarang tanpa kompromi jika tidak mahu Melayu diperkotak-katikkan oleh kaum Cina, India dan lain-lain bangsa minoriti yang ada di bumi Malaysia ini.

    Memperkukuhkan Melayu bukan bererti kita mengabaikan lain-lain bangsa yang majmuk tetapi Melayu haruslah menjadi tunjang serta tulang belakang di dalam pentadbiran negara Malaysia yang tercinta ini.

    Mohon saudara serta rakan-rakan seperjuangan saudara di pihak Pakatan Rakyat supaya bebas berfikir dan merenungkan setiap patah perkataan saya dengan penuh tenang dan kewarasan.

    Jangan kita menjadikan agama suci Islam sebagai senjata perjuangan politik yang mengelirukan umat Islam lainnya. Sebaliknya Islam harus dijadikan semata-mata sebagai landasan perjuangan yang merupakan panduan serta pakaian umat Islam. Ia membawa 2 maksud yang berbeza dan mohon diamati sebaik-baiknya.

    Sekian, wassalam!

    PEMUDA PELAPIS