Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Tun Salleh Abas pada Majlis Makan Malam Badan-Badan Peguam di Kuala Lumpur malam tadi sambil disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad.

Setelah Pak Lah menerima desakan demi desakan agar segera berundur dan melaksanakan "PERALIHAN KUASA SEGERA" yang tidak diendahkan beliau yang seolah-olah telah "BUTA HATI" dan amat "GILA KUASA", beliau tetap meneruskan pelbagai agenda dengan gelojoh untuk menunjukkan dirinya kembali bertugas sebagai Perdana Menteri seperti biasa.

Namun sebagaimana saya perkatakan sebelumnya bahawa Pak Lah adalah ahli pemain "WAYANG KULIT" yang cukup hebat yang masih cuba mendendangkan persembahan terbaik kepada rakyat supaya "ISU DESAKAN BERUNDUR" mampu ditenggelamkan.

Namun beliau "ALPA" situasi sekarang "AMAT BERLAINAN" daripada sebelumnya ketika beliau mengambil-alih kepimpinan daripada TUN DR MAHATHIR MOHAMAD dahulu. Apa yang telah berlaku kini bukan mudah untuk dilupakan seluruh rakyat, khususnya penyokong dan ahli Umno/BN seluruhnya. Apakah "TIKET WAYANG KULIT" Pak Lah akan terus "LARIS DAN LAKU" untuk dijual kepada rakyat?

Terkini adalah usaha beliau menubuhkan "SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN" bagi tujuan mengenalpasti dan mencadangkan calon-calon kepada Perdana Menteri. Katanya, badan tersebut bertindak sebagai badan penapis calon-calon secara sistematik dan menilai kewibawaan calon-calon berpandukan kriteria yang ditakrifkan dengan jelas tetapi di dalam masa yang sama masih mengekalkan hak perlembagaan Perdana Menteri untuk mengemukakan nama-nama calon kepada Yang DiPertuan Agong.

Dengan agenda gelojoh beliau itu sebenarnya satu "MISTERI" yang membuatkan masyarakat kian terfikir dengan pelbagai andaian yang munasabah dan boleh diterimapakai. Di sinilah "KEDUNGUAN" beliau yang dirasakan dirinya konon "AMAT BIJAK" sebagai "KAKI TEMBERANG BESAR".

Beliau tidak akan lagi "TERLEPAS PANDANG" oleh "MATA dan MINDA" rakyat. Setiap gerak-geri dan langkah beliau akan diekori dan dinilai rakyat. Agenda ini sekadar mahu meraih sokongan sahaja.

Kalau difikirkan dan diamati, kenapa agenda ini baru sekarang mahu diambil berat dan diberikan perhatian? Kenapa tidak dari dulu setelah menaiki takhta kerajaan? Apa lagi "MUSLIHAT" Pak Lah?

Apakah akibat "PUKULAN SETENGAH MAUT" kepada Umno/BN dan di dalam keadaan "GENTING" ini baru Pak Lah pandai membuat kerja? Maka ini mengesahkan selama ini Pak Lah "KAKI TIDUR" dan menjadikan jawatan Perdana Menteri sebagai platform beliau "LENA DALAM KEKAYAAN".

Semoga penyemakan semula terma perkhidmatan dan gaji hakim-hakim serta membayar ex-gratia sebagai penghargaan kepada 6 hakim yang terbabit dalam krisis badan kehakiman pada 1988 itu tidak mudah mempengaruhi minda-minda cendekiawan yang terpelajar ini.

Akhir kata, jangan mudah "KELABU MATA". Kenalilah Pak Lah yang penuh "MISTERI".

6 Responses
  1. dadidudie Says:

    cume nak tanya, awat gambar paklah tuh dibesarkan??? nampak macam gergasi....


  2. Gambar tersebut dipetik daripada gambar asal keluaran Utusan Malaysia.

    Rasanya Jurukamera Utusan mungkin lebih dekat dengan Pak Lah atau juga "zoom-in" fokus kepada Pak Lah.

    Tiada "editing" atau suntingan dibuat.

    Harap maklum!


  3. MD Says:

    Kita kena beri kredit kepada Pak Lah dalam memperbetulkan 1. Sistem kehakiman, 2. ACA (Dengan khabarnya). Dulu Pak Lah susah nak betulkan kerana tekanan dari dalam UMNO dan kumpulan berkepentingan. Sekarang ni Pak Lah dah tak ada pilihan - Lagipun semua orang tahu UMNO dah tak segagah dulu - tepaksa terima perubahan yag dilakukan olah Pak Lah.

    Saya cadangkan blog ini memplopori (atau) meyakinkan pak Lah untuk membuat keputusan 1.untuk mengembalikan wang petrol rakyat terengganu, 2.Melepaskan semua tahanan politik ISA.


  4. MD Says:

    AHLI MENGUNDI TERUS

    Ini zaman IT, sms dan undi dalam talian. Keputusan AF pun ditentukan melalui undian SMS oleh peminat.

    Sebagai seorang ahli biasa UMNO yang tidak pernah dijemput menghadiri mesyuarat, dan tidak ada laluan untuk memberikan pendapat dan memilih calon pilihan raya, saya cadangkan setiap ahli UMNO diberikan hak untuk mengundi terus dalam pemilihan semua jawatan parti termasuk presiden, ketua bahagian dan ketua cawangan.

    Juga memilih calon yang akan mewakili UMNO dalam PRU untuk setiap kawasan negeri dan parlimen.

    Dengan ini akan mengurangkan politik wang, dan mengurangkan kebocoran wang parti yang sepatutnya digunakan untuk membantu ahli-ahli UMNO dan masyarakat.

    Kalau UMNO boleh buat seperti ini, parti lain terpaksa ikut. Dan akan berkurangan lah kemungkinan untuk ahli parti UMNO memangkah pembangkang dalam PRU akan datang.

    Kalau setiap warganegara boleh mengundi untuk memilih wakil mereka, kenapa ahli UMNO tidak boleh mengundi terus untuk memilih presiden mereka?


  5. Di satu sudut memang ada kebaikan tetapi di sudut lain pula tetap ada keburukannya.

    Untuk tujuan mengaplikasikan apa sahaja sistem pun, kajian terperinci perlulah dibuat terlebih dahulu.

    Dalam menentukan barisan kepimpinan negara berlandaskan kaedah ini tidak boleh disamakan sebagaimana hiburan kerana kita kena mengenalpasti apakah risikonya nanti dikemudian hari.

    Kalau kita nak fikirkan soal penyelewengan, ia berlaku di mana-mana dan dengan apa cara pun.

    Cuma mungkin soal pemilihan kepimpinan parti perlu dibuatkan rombakan di mana semua ahli-ahli parti berhak diberi kebebasan mengundi selain daripada perwakilan sahaja sepertimana yang diamalkan selama ini.

    Mungkin boleh dibuat secara undian pos dan kepimpinan parti perlu mengkaji soal-soal ketelusan untuk meyakini semua ahli parti.


  6. MD Says:

    PERINGKAT SATU UNDIAN: Seorang ahli yang berdaftar dalam satu cawangan hanya boleh mengundi untuk cawangan dan bahagian yang dia ahli saja.

    PERINGKAT KE-DUA: Lepas tu hanya ketua bahagian saja yang boleh menjadi calun untuk majlis tertinggi - Dan pada peringkat kedua undian, ahli UMNO memilih ahli-ahli majlis tertinggi (temasuk lah presiden, Timbalan dan vice).

    Dan ketua-ketua bahagian (timbalan dll pegawai) sahaja yang boleh dipilih sebagai calon pilihanraya.

    Kaedah pengundian sekarang sudah menjerumus ke arah money politik dan kehancuran UMNO, kita perlukan tindakan drastik. Buatkah apa-apa pun - tetapi mesti sebelum PRU-13. Kalau tidak UMNO akan berkubur.

    Satu lagi, permohonan keahlian UMNO boleh dibuat secara on-line, dan beri kelulusan sebagai ahli UMNO sementara serta-merta (subject to verification later).